Friday, October 30, 2009

UNTUKMU IBU

Cerita yang hendak dikongsikan dengan korang semua ni aku dapat daripada seorang sahabatku yang mengirimkan email cerita ni kat aku. Bila aku baca tersentuh jiwa ni...memang betul2 menyentuh perasaanku,sehingga menitis airmataku tanpa disedari.Terima kasih buat sahabatku Normala atas kiriman cerita ni.....


UntukmuIbu


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya.. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
p/s
Dalam hidup ni,setinggi mana pun kita mendongak,jangan lupa pandang ke bawah,tak semestinya apabila kita berada diatas kita tidak akan jatuh ke bawah...Nilai kasih sayang tidak dapat di beli dengan wang ringgit dan kekayaan tapi ianya adalah satu anugerah yang amat berharga yang tidak dapat dikira nilainya..Hargailah sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kasih sayang...

Read more...

Thursday, October 29, 2009

TEMAN


Read more...

Wednesday, October 28, 2009

erm tak tahu nak wat ape mlm2 mcm ni, nak tdr rasa macam awal lagi..ni timbul rasa nk cari apa benda nk wt..hehehehe.....tiba teringat kt member-member induksi maka terhasillah video yang ringkas ni...tanda ingatan aku kt semua....

apabila engkau ingin berteman ,janganlah kerana kelebihannya

kerana mungkin satu kelemahan,engkau akan menjauhinya'

andai engkau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya,

kerana apabila berlaku satu keburukan ,engkau akan membencinya,

andai engkau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,

kerana apabila dia buntu,engkau mungkin akan memfitnahnya,

andai engkau ingin seorang kawan,janganlah kerana sifat cerianya,

kerana apabila dia tidak mampu menceriakan,engkau mungkin akan menyalahinya,

andai engkau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,

kerana dia seorang sahabat dan juga manusia biasa,

jangan diharap semuanya sempurna,kerana belum tentu dirimu sempurna,

bersahabatlah kerana keikhlasan dan ketulusan....


Read more...

Free Download Lagu Samsons Kenangan Terindah MP3 Lirik Chord Album Video Gratis

Free Download Lagu Samsons Kenangan Terindah MP3 Lirik Chord Album Video Gratis

Posted using ShareThis
Read more...

Fikirkanlah...

fikirkanlah..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Read more...

JANGAN BIMBANG SABAHATKU....

Renung-renungkanlah...


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah itu Maha mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat(kebanyakannya la). Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman di kemudian nanti. Bagi yang lelaki pula jgn menyesali kalau isteri anda digelar perempuan jalang kerana anda perlu cermin diri anda terlebih dahulu.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat keluarga orang lain bahagia. seringkali pertanyaan"kenapa aku tak ada isteri seperti ini?". "alangkah bagus kalau suami aku begitu". tetapi hakikatnya, isteri orang yang cantik dipandang mata, belum tentu hatinya semulia isteri dirumah. Manakala suami yang hanya suka menonton tv dan berlingkar diruang tamu jauh lebih baik dari suami orang yang suka 'makan luar'?
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk(pendapat semata-mata) sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Isteri yang soleh ialah perempuan yang menjaga maruahnya dan suaminya serta keluarganya. Maka perkahwinan akan indah jika suami dan isteri memahami tuntutan islam. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan -( bagi yang mengetahui rahsia2nya).
Berkahwinlah, demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.." " Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Read more...
Assalamualaikum sahabat semua..



Semoga anda semua berada dalam sihat sejahtera di bawah limpah kurniaNya.Saje je nak berkongsi cerita ni.Boring lak tak tahu nak wat ni(yelah student pun tgh study week so makmal xde tempahan)eh,ni tak masuk citer lagi tau..ni baru muqaddimahnya..tunggu..tunggu...emm..kenalah sabar..moga-moga cerita ini dapat memberi iktibar kepada semua...hehehehehe...


Alkisahnya...beginilah bermula ceritanya...


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri(banyak tu,bukan sikit tau,habis kouta diisinya). Berbanding isterinya yang lain,peladang ni sangat mencintai isterinya yang keempat(yalah..isteri keempat tu paling lawa,paling cun,kira paling cantik la antara yang lain)Maka, peladang ni sayang lebih la isteri ke-4 ni..Apa-apa je yang isteri ke-4 nak,peladang ni bagi je(x heran sikit pun walau banyak habis duit,sayang punya pasal kan)


Namun begitu,Pedagang ni juga sayang kat isteri no-3(tapi pas isteri no-4 la).. Dia sangat bangga dan megah dengan isterinya ini, kalau boleh dekat semua orang dia nak bagitahu ni isteri dia.Tapi,peladang ni bimbang gak kekadang takut isteri dia ni lari ngan lelaki lain(al maklumlah,peladang ni tak mampu berikan kasih sayang sepenuhnya kepada isteri no 3 ni).

Alahai!!oh peladang,rupa-rupanya dia sayang jugak kat isteri no 2 sebabnya isteri no 2 ni seorang yang sabar dan penuh pengertian(memang understanding sangat-sangatla). Bila-bila masa je peladang ni ada masalah,isteri no 2 la yang dicari dulu,tak ingat dah isteri yang lain.Memang isteri no 2 sangat istimewa la di hati peladang ni.Kalau takda isteri no 2 peladang ni seakan-akan hilang tempat bergantung.Begitulah penangan isteri no 2 ni kalau kawan-kawan nak tau.

Tapi kan,sikap isteri no 2 sama je ngan isteri peladang yang pertama.Isteri pertama ni seorang yang sangat setia dan jujur sayang sangat kat suaminya ni. Dialah yang paling banyak berkorban selama ni,bersusah payah menguruskan ladang dari sekangkang kera sehinggalah sekarang ladang dah jadi berhektar-hektar.Dia jugalah yang membenarkan suaminya kahwin lain walaupun hatinya tidak dapat menerima keputusan suaminya ni(makan hati betul)Dia jugalah yang jadi bendahari urus wang keluar masuk si suami ni. Akan tetapi si peladang ni x sayang sangat kat isteri pertama(yala,dah tua,kerepot lagi).

Nak dijadikan cerita la kan,Suatu hari, si pedagang jatuh sakit. Dia dapat rasa macam umurnya dah tak panjang dah. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya bersama 4 orang isteri, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal nanti, aku akan sendiri. Ya Allah,betapa sedihnya jika aku harus hidup sendiri begini."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati si peladang,dahla dia tengah sakit,makin bertambah sakitnya bila isterinya cakap camtu.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau bersamaku, dan menemani nanti?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup aku dah sempurna di sini. Aku akan kahwin lagi jika kau mati". kejam sungguh jawapan yang diberikan oleh isteri ke-3.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."




alhamdulillah..abis dah citer ni.Dapat x apa yang ingin disampaikan dalam citer ni?kalau x tahu kenala baca sampai habis citer ni..hehe...Sebenarnya kita semua ada 4 orang isteri tau.Eh,takkan la pempuan pun ade 4 orang isteri gak.pempuan mana leh kawin sama pempuan.lelaki boleh la.alamak!!!camne eh??hehe..alahai.....isteri dalam citer ni hanya perumpamaan je la..ok..baca selanjutnya..


ISTERI KEEMPAT sebenarnya adalah tubuh kita.Cuba kira berapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk badan kita supaya nampak cantik.Kalau pempuan beli ubat diet la,make up la,beli baju cantik2..tu semua nape?sebab nak nampak cantik kan?nampak indah kan?Tapi kan,1000 kali sayang kerana semuanya akan hilang. Semua tu akan meninggalkan kita apabila jasad berpisah dengan ruh. Tak ada keindahan dan kecantikan yang tersisa walau sedikitpun saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.Kita punyala sayang kat duit kita sampai nak keluarkan sedekah pun,kita takut..takut habis duit padalah dalam bank tu berlonggok2.teringat kata seorang kawan..duit berkepol2 dalam bank,nape tak guna nati berkulat gak..hehe.. Saat kita meninggal, semua tu akan pergi juga Mereka akan berpindah ke tangan orang lain dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah keluarga,kaum kerabat dan teman-teman kita. Memang kalau ada apa2 masalah yang melanda merekalah yang kita rujuk.Namun,hubungan sesama manusia setakat manala kekal kerana mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai ke kuburla mereka akan menemani kita,dan akhirnya kita ditinggalkan juga.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya.Kekadang kita dop sibuk uruskan harta kita,urusan kita sampai kita lupa kat isteri pertama. Namun, sebenarnya, hanya merekalah saja yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kita selama-lamanya walau kemana jua kita melangkah. jangan lupa isteri pertama lah yang boleh menolong kita diakhirat kelak.


ok habis dah cerita.Harap anda semua dapat memikirkannya dengan sebaik mungkin.Jadi,moga anda yang dah beristeri tu menyayangi isteri anda yang ada tu dengan sebaik mungkin kerana dialah yang bersama-sama anda dari awal hingga akhirnya.....so yang ada niat nak tambah isteri tu fikir-fikirkanlah ye..bukan senang nak senang tau...mungkin kita berasa kita adil tapi sape tahu disebaliknya...
Read more...

taubat seorang hamba




sewaktu saya mendengar lagu ini syadu rasanya..terasa diri ini sangat kerdil dan terlalu hina di sisinya..terasa banyak sangat dosa yang telah dilakukan..begitulah fitrah manusia,"lupa dan leka dengan arus duniawi tanpa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberi..


Ya Allah..

pimpinlah aku ke jalan yang lurus dan diredhai olehMu Ya Allah..

kerana tanpa hidayahmu...aku bukanlah sesiapa....

Namun...adakah kesedaran ini akan bertahan untuk jangka masa yang lama??

mungkin beberapa hari selepas itu,kita akan mengulang kembali kesilapan kita..

oleh kerana itu,kita harus sentiasa muhasabah diri kita supaya kita menjadi manusia yang lebih baik pada esok harinya...insyallah..
Read more...

Tuesday, October 27, 2009

HITAM PUTIH KEHIDUPAN


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untuk mu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

lagu ni sejak dari sekolah lagi mmg aku suka...
begitu mendalam maksudnya..kt atas muka bumi ni kita semua sabagai pelakon,
yang mencorakkan haluan hidup..bak roda yang berpusing tanpa disedari dh melewati perjalanan...begitu juga diri kita dengan usia yg tanpa disedari telah berlalu...


Read more...

SuRaT CINTA

Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."

sahabat-sahabat yg dikasihi..
Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik)

"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."

huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..

agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??

"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."
"aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!"
"aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."

huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..

"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable…hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!"

huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..

ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??

"kerap dong!!"
"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."

wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..

baik…sahabat-sahabat yg disayangi…

jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya…jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t…kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??

yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????

sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale…namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan??

seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??

sahabatku,
sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??

jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita..

"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
~surah al-Anfal,2~

sahabat-sahabatku semua..
marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"
Read more...

sesaat mengenalimu



Hari berganti Hari
Waktu berganti Waktu
Detik berganti Detik
....walaupun......
Baru mengenali mu
Baru memahami mu
Baru menyayangi mu
....Dia.......
lebih mengenali mu
lebih memahami mu
lebih menyayangi mu
....namun....
Nama mu tetap sebati dikalbuku
Wajah mu masih segar di ingatan ku
Gambar mu menjadi ingatan yang abadi
Segala kata-kata dan nasihat mu menjadi pedoman untuk ku
Kebaikan dari mu menjadi contoh bagi diriku
...Kini...
kau telah tiada
telah meninggalkan duniamu
telah pergi untuk selama-lamanya
.....Namun....
aku juga faham
aku juga merelakan
aku juga pasrah
aku juga akur
...Bahawa....
ALLAH itu maha ESA
maha KUASA
maha BESAR
maha MENGETAHUI
maha segala-galanya
...innalillahiwainnailaihirojiun...
kau adalah sahabat aku yang paling baik dan memahami ketika hayat kau di dunia...
semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh mu dan pemergianmu menjadi pedoman buat yang hidup
amin....
Read more...

You Are Never Alone

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.

You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode

So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.

You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

You are never alone Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
Read more...