Monday, August 8, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat berpuasa.....diam tak diam sudah 8 hari rupanya umat islam berpuasa............syukur Alhamdullilah kerana masih diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah berpuasa ini..
 Jadi marilah kita sama-sama mengamalkan amalan sunnah sempena bulan mulia ni. Antaranya ialah:
  1. 1. Keutamaan Sahur Dan Melambatkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
  2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka 
  3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
  4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
  5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
  6. Banyakkan bersedekah dan menderma
  7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
  8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
  9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
  10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan      
Mudah-mudahan hati dan jiwa kita sentiasa diberikan taufiq dan hidayah dalam mengharungi ibadah puasa ini.
Read more...

Sunday, July 17, 2011

Nota Untuk Pendampingku Yang Akan Datang...

ketika diriku belum mnjadi milik mu,diriku adalah milik ibu bapa ku,begitu juga dengan dirimu.
secebis nota ku nukilkan untuk mu sebagai peringatan untuk bakal pewaris mu
" seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua - dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak . jangan sekali- sekali mungkiri kasih kedua - dua ibu bapa yang telah tua, kelak anak-anak akan meningkat dewasa dengan memungkiri kasih kita"
 
setelah bertaut kasih kita dengan ikatan suci , sedar lah tanggungjawab dirimu sebagai ketua dan
sebagai suami yang membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah
sekali lagi ku lampirkan secebis nota buatmu
" hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita . Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kamu dengan isterimu nanti . Jangan mengharapkan ketaatan isteri , sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagi hamba - Nya


hidup kita bahagia dengan kehadiran permata yang bakal kita didik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kini dirimu telah memegang title sebagai ayah, bertambah lagi tanggungjawab mu sebagai seorang ketua keluarga
dengan rasa besar hati dan rasa hormatku 
nota terakhir ku berikan padamu
" hadiah terbaik seoranag ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka . cintailah isteri nescaya anak - anak akan mencintai kita . jangan sekali - kali memisahkan kasih antara anak dan ibu , nanti putus pula kasih antara anak dan bapa.


 
buat  pendamping ku yang akan datang..
yang bakal menjadi suami ku dan ayah pada anak - anak ku
jadikan lah secebis nota ini untuk menjadi panduan dalam hidup kita
 


= Mencambah kasih persis bayangan kasih hati Nabi , membugar cinta tanpa sangsi . Iman dirai , perjalanan hidup bertambah kukuh lagi . Bagaikan cinta Aisyah , pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi =


SEMALAM ADALAH KENANGAN,HARI INI ADALAH KENYATAAN,ESOK ADALAH HARAPAN


Read more...

Friday, July 15, 2011

KENALI Nama Anda Melalui Abjad PERTAMA.....;)

 JOM KITA KONGSI RAHSIA DISEBALIK PERMULAAN ABJAD DI AWAL NAMA KITA...

 A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.     

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.   

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.       

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.   

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.   

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.   

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.   

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.   

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.   

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.   

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.   

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.   

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.   

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.   

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.   

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.   

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.   

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.   

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.   

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.   

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.   
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
  
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.   

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.   

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.   

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. 

p/s: baca boleh percaya janganlah sebab   tafsiran ni cuma andaian sekiranya betul tu adalah kebetulan sahaja....baik diri seseorang tu bergantung pada diri sendiri yang mencorakkannya....hehehehehehe....

Read more...

Wednesday, June 29, 2011

kembali semula

Lama benar rasanya aku tidak membuka blog aku sendiri dan update.....walaupun setiap hari menghadap komputer dan ada masa untuk menulis.Susah benar untuk aku mencari idea menulis untuk hari-hari yang telah ku tinggalkan begitu saja walaupun banyak sebenarnya perkara yang boleh aku kongsikan namun masa aku buang begitu saja.
Melihat kerancakkan rakan-rakan blogger yang sentiasa meng'update' blog masing-masing membuatkan aku cemburu dengan pemikiran mereka yang sentiasa punyai waktu dan motif untuk menulis. Tapi aku juga harus menerima hakikat bahawa aku bukanlah seorang penulis yang hebat yang mampu memikirkan isi blog ku ini....ahceh...ceh....
Semoga kembalinya diriku ini akan memberi inpirasi kepada diriku sendiri agar sentiasa menulis biarpun hanya sebaris ayat .hehehehehehehehe...


Read more...

Friday, June 10, 2011

Tua Sudah Rupanya Aku...

26 jun 2011 iaitu 3 hari yang lepas genap usiaku melangkah ke 26 tahun.....tua sudah rupanya aku ni.......
Alhamdullilah bersyukur aku kerana masih di berikan kesempatan untuk menghela nafas di bumi ciptaan Allah ini.Walaupun pada hari tersebut aku demam tapi bersyukur kerana itulah petanda Allah memberikan aku buah akal fikiran yang semakin bertambah.Mujur ketika itu aku sedang bercuti.
Tiada sambutan yang diraihkan cuma sekadar emakku membeli pizza hut dan makan beramai-ramai kat rumah....Emak cakap ni kira sambutan hari lahir aku dan juga adik aku yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama. 
Terima kasih buat emak,kerana telah melahirkan aku 26 tahun lalu, tanpamu tiadalah aku di dunia ini,
Terima kasih abah atas pengorbanan mu yang telah memberikan pendidikan kepada aku
Terima kasih abang-abangku,kakak serta adikku yang telah membuat hidupku sentiasa gembira ..bertikam lidah itu perkara biasa untuk menghiasi kehidupan ini.


Ya Allah,
permudahkan aku dalam segala urusanku, 
Semoga apa yang ditakdirkan,
menjadikan usiaku bermanfaat,
penuh dengan amalan yang bisa membawa ke syurgaMu,
jangan biarkan aku leka dengan nikmat usiaku,
Biarkan pendek, asalkan bermanfaat, 
Sekiranya panjang umur, 
semoga ia bukannya tempoh untuk aku mengumpulkan maksiat
dan dosa yang akan mendekatkan aku ke nerakaMu....

Amin
 


Read more...

Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir Emak.......

Emak dikau adalah  satu anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya.
Dirimulah yang satu waktu dahulu bersusah payah menahan keperitan sewaktu melahirkan anakmu ini..
Aku tahu bahawa aku ini tidak mampu untuk membalas pengorbananmu itu  melainkan dengan memberikan belaian kasih sayang yang tidak seberapa...
Hari lahirmu tiada hadiah bernilai yang aku hadiahkan ,melainkan rangkaian doa untukmu semoga cinta-Nya luas kepadamu melebihi luasnya cintaku kepadamu.
Semoga sambutan yang tidak seberapa ini akan membuatkan emak sedikit gembira walaupun hanya sebiji kek yang kecil dan KFC.
Selamat ulang tahun yang ke- 53 tahun.



Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
Ya Allah,
Engkau panjangkan usia kedua orang tuaku,
Berikanlah kesihatan kepada mereka Agar mereka 
mampu untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap-MU
Amin Ya Rabbul Alamin..




Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Teman Bicara

 Lagu mingingatkan aku kepada seseorang teman masa belajar dulu.........maafkan diriku tidak dapat menerimamu.......walau bagaimanapun kau tetap kuingati sebagai seorang sahabat sehinnga kini...perkenalan sebagai seorang sahabat menyebabkan aku sukar untuk menerimamu  hadir dalam hatiku.......kerana kita pernah menjadi sahabat untuk bercerita dan bergaduh......


Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

( korus )
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu

Read more...

Berteman Sepi


Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

Read more...

Tuesday, March 29, 2011

Lawatan Daripada Unisza

Alhamdullilah..........selesai sudah semua kerja2.....ni cuma nak berkongsi je mengenai lawatan Pensyarah  dan pelajar daripada UNISZA. Semalam Makmal tempat aku bekerja telah dilawati oleh delegasi daripada UNISZA seramai 44 orang. Segalanya berjalan dengan lancar,syukur kerana telah di bantu oleh Ustaz Hisham salah seorang pensyarah di Fakulti aku,maklumlah 'boss' aku semalam takde. Kalau tak mati kutu juga di buatnya sebab aku bukan tahu sangat nak terangkan lebih lanjut mengenai makmal walaupun dah biasa terima lawatan daripada luar.Ada jugalah aku sediakan slide untuk penerangan serba ringkas berkaitan makmal aku ni. Apa yang aku tahu aku kongsilah dengan dieorang. Terima kasih kepada semua delegasi UNISZA yang sudi datang melawat ke tempat aku bekerja, Kedatangan semua amat dialu-alukan.
Diharap semoga apa yang diterangkan memberi manafaat bersama. Gambar-gambar tak dapat nak upload sebab aku memang takde ambil pun.Kalau ada orang yang bagi akan aku kongsi bersama.
Read more...

Saturday, March 26, 2011

Cara Membantu Anak-anak Disleksia

Oklah malam ni nak sambung cerita pasal disleksia . ok cara-cara membantu anak-anak bermasalah Disleksia 
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantupembelajaran) seperti deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir), deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf), merasa pergerakan bibir, dan menulis huruf/perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
  • Bantu mereka menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)

5. Program pemulihan khusus :
  • Terdapat sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk disleksia
Individu Disleksia mempunyai keistimewaan
1. Antara orang ternama yang juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg dan Tom Cruise), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein).
2. Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
3. Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan

Read more...