Friday, March 2, 2012

Kerana Sebiji Epal vs Cari Pasangan

Kisah yang hendak dikongsi ni mungkin ramai di antara kita yang dah pernah mendengar dan mengetahui...Sejak dari bangku sekolah lagi cerita ni telah aku dengar, begitu juga dengan lagu yang berkaitan cerita ini yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani. Pada tanggal 12 Febuari 2012 ,bertempat di Jabatan Pertahanan Awam Daerah Muar telah diadakan majlis MaulidurRasul dan sekali lagi cerita ini di sampaikan oleh penceramah yang telah dijemput khas . Ceritanya adalah berkenaan seorang pemuda dengan sebiji epal..

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan gagah dan juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Namanya adalah Abu Salih ,dia adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dan dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Hampir setiap hari dia  duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah SWT.


Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang hanyut di air. Ketika itu Abu Salih belum makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik saja dia melihat epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya hampir setengah biji. Tiba-tiba dia tersadar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.



Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu, lalu dia pun menyusuri sungai tersebut untuk mencari rumah tuan punya epal.



Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahwa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.



Setelah memberi salam dan  dipelawa masuk ke rumah tersebut, Abu Salih pun meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya dan bekerja untuknya selama 12 tahun. 
Abdullah Sawmai  sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”


Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia bersama
Abdullah Sawmai. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja di ladang epal dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan Abdullah Sawmai itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.


Sebaik saja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan satu lagi syarat engkau mesti menikah dengan anakku yang lumpuh, buta, pekak, bisu dan juga cacat. Kenapa begitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih.
Sejenak Abu Salih termenung membuatkan dada Abdullah Sawmai berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Abdullah Sawmai dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu." Dia terfikir juga itu mungkin satu cobaan terhadap dirinya oleh Allah SWT. Mungkin ada hikmah disebalik syarat tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.


Setelah mereka dinikahkan,tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya iaitu
Ummu Khair Fatimah yang dikatakan lumpuh,buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak.
Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya.
Abu Salih lari keluar ke ruang tamu menemui bapa mertuanya kerana menyangka dia telah tersalah bilik.


Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan,sia-sia dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat dan lumpuh itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat dan idak menjejakan kaki ke tempat maksiat.
Isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar".
Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Abdullah Sawmai menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Lebih kurang begitulah cerita yang disampai oleh penceramah tersebut..Betapa hebatnya kuasa Allah, lelaki yang baik telah disediakan untuknya perempuan yang baik juga .. Kat bawah ni aku sertakan sekali lirik lagu kumpulan Rabbani

Cari Pasangan

Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Fahamilah








No comments:

Post a Comment