Thursday, April 3, 2014

Cabaran Dalam Perhubungan Dan Pilihan

quran bismillah





sekadar memula bicara ,tiada kata seindah bahasa,kalam Allah menjadi pembuka....

Dalam hidup ini kadangkala apa yang ita mahukan tidak semua akan kita miliki, kadangkala kebahagian dan kegembiraan yang tersaji di hadapan kita membuatkan kita seronok dan leka sebentar. Walaupun hakikatnya kita menyedari ianya adalah hanya untuk sementara waktu sahaja. Ini kerana kita berpegang pada prinsip setiap yang ada di muka bumi ini layak untuk merasai nikmat untuk bahagia,gembira dan ketawa bersama.

Dalam satu tahap kehidupan ini kita akan menemui perhubungan yang bermasalah ,tidak kira sama ada cinta antara lelaki dan perempuan,malahan termasuk juga keluarga,rakan sekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Ianya sedikit sebanyak akan membuatkan kita merasa ujian yang sebegitu kecil pun menjadi sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh akal fikiran kita yang pada mulanya waras.

Pada saat dan waktu itu kita mungkin akan tertanya-tanya mengapa, bagaimana, bila, dan pelbagai persoalan lagi bermain di benak fikiran kita. Semua itu akan terus menjadi persoalan dalam hidup kita.  Bagaimana kita menyelesaikan dan menghadapi ,semuanya berada ditangan kita sendiri ataupun kita hanya mampu melarikan diri tanpa ada penyelesaiannya..

Pilihan dalam hidup ada di tangan kita, jangan biarkan pengaruh orang lain menguasai diri kita....kelak merana menyesal badan...


No comments:

Post a Comment