Tuesday, December 1, 2009

Hari raya Aidiladha...

Assalamualaikum...

Diam tak diam berlalu sudah Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban yang mana tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s...
Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, setiap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan dan begitu meriah..Walhal kedua-duanya adalah hari yang dianugerahkan Allah sebagai hari untuk makan,minum dan bergembira.
Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia ini, umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram. Ibadat haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pengertian yang amat besar dalam diri setiap jemaah haji.
Justeru, untuk meraih peluang keemasan dan ganjaran besar itu, maka tidak dapat tidak ia memerlukan satu pengorbanan yang jitu, kesabaran yang nekad dan juga iltizam yang tinggi..

No comments:

Post a Comment