Friday, November 13, 2009

Senyum Sokmo...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama impian
dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah bermakna
Senyum membahagiakan kehidupan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan

....

Kita selalu dengar. Senyum itu sedekah, senyum umpama suria menerangi alam. Senyum pengubat hati duka, penyeri dalam perhubungan. Senyum bisa menyejukkan hati lawan. Senyumlah ketika hati mahu menangis, senyumlah walau hati merintih hiba. Senyum itu penawar. Senyum itu indah. Senyum itu menawan. Senyuman yang manis lahir dari hari yang tulus ikhlas bukan berdasarkan kecantikkan semata-mata. Walaupun kita cantik tetapi tidak mempunyai senyuman yang ikhlas akan lahirlah senyum terpaksa. Senyuman yang tulus ikhlas akan mempamer kebahagiaan di wajah seseorang itu. Walaupun kita berada dalam kedukaan jika kita tersenyum ikhlas duka pun hilang walaupun sementara bak kata orang senyum mengubat seribu duka.



No comments:

Post a Comment