Emak dikau adalah satu anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya.
Dirimulah yang satu waktu dahulu bersusah payah menahan keperitan sewaktu melahirkan anakmu ini..
Aku tahu bahawa aku ini tidak mampu untuk membalas pengorbananmu itu melainkan dengan memberikan belaian kasih sayang yang tidak seberapa...
Hari lahirmu tiada hadiah bernilai yang aku hadiahkan ,melainkan rangkaian doa untukmu semoga cinta-Nya luas kepadamu melebihi luasnya cintaku kepadamu.
Semoga sambutan yang tidak seberapa ini akan membuatkan emak sedikit gembira walaupun hanya sebiji kek yang kecil dan KFC. Selamat ulang tahun yang ke- 53 tahun.
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Engkau panjangkan usia kedua orang tuaku,
Berikanlah kesihatan kepada mereka Agar mereka
mampu untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap-MU
Lagu mingingatkan aku kepada seseorang teman masa belajar dulu.........maafkan diriku tidak dapat menerimamu.......walau bagaimanapun kau tetap kuingati sebagai seorang sahabat sehinnga kini...perkenalan sebagai seorang sahabat menyebabkan aku sukar untuk menerimamu hadir dalam hatiku.......kerana kita pernah menjadi sahabat untuk bercerita dan bergaduh......
Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa
Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia
( korus )
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata
Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu
Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh
Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku
Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu
Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang
Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi
Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa Read more...
Alhamdullilah..........selesai sudah semua kerja2.....ni cuma nak berkongsi je mengenai lawatan Pensyarah dan pelajar daripada UNISZA. Semalam Makmal tempat aku bekerja telah dilawati oleh delegasi daripada UNISZA seramai 44 orang. Segalanya berjalan dengan lancar,syukur kerana telah di bantu oleh Ustaz Hisham salah seorang pensyarah di Fakulti aku,maklumlah 'boss' aku semalam takde. Kalau tak mati kutu juga di buatnya sebab aku bukan tahu sangat nak terangkan lebih lanjut mengenai makmal walaupun dah biasa terima lawatan daripada luar.Ada jugalah aku sediakan slide untuk penerangan serba ringkas berkaitan makmal aku ni. Apa yang aku tahu aku kongsilah dengan dieorang. Terima kasih kepada semua delegasi UNISZA yang sudi datang melawat ke tempat aku bekerja, Kedatangan semua amat dialu-alukan.
Diharap semoga apa yang diterangkan memberi manafaat bersama. Gambar-gambar tak dapat nak upload sebab aku memang takde ambil pun.Kalau ada orang yang bagi akan aku kongsi bersama.
Read more...
Oklah malam ni nak sambung cerita pasal disleksia . ok cara-cara membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantupembelajaran) seperti deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir), deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf), merasa pergerakan bibir, dan menulis huruf/perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
Bantu mereka menguasai maklumat secara beransur ansur
Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
5. Program pemulihan khusus :
Terdapat sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk disleksia
Individu Disleksia mempunyai keistimewaan
1. Antara orang ternama yang juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg dan Tom Cruise), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein).
2. Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Erm rasanya ramai yang tidak mengambil peduli sangat berkenaan masalah ini. Tiba-tiba je aku tergerak nak tulis pasal masalah disleksia ni tu pun sebab selepas menonton filem Taare Zameen Par, filem hindustan yang dilakonkan oleh Amir Khan. Walaupun kebanyakkan pelakonnya tidak dikenali tapi kekuatan filem ni membuat hatiku tersentuh. Ok sekarang ni aku nak bagi tau sikit berkenaan masalah ini, tu pun aku dapat dari pakcik Google dan makcik yahoo.ok sekarang nak serius sikit cerita masalah ni.
Tahu tah masih ramai di kalangan masyarakat kita masih tidak mengendahkan masalah anak-anak mereka yang mengidap ‘Disleksia’. Kepada yang masih belum pernah mengetahuinya, disleksia ialah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku tanpa disedari. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan atau kerja-kerja sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah pun mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Namun begitu, mereka masih dalam kelompok yang mempunyai keupayaan intelek yang normal.Senang cakap mereka kelihatan normal dari segi fizikal tetapi pemikiran mereka berbeza.
Masalah utama adalah disebabkan oleh mereka mengalami perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh itu, mereka mungkin mengalami kesukaran seperti membaca, menulis, memahami, mengeja, mengira.
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Tahukah kita semua ciri-ciri mereka yang menghidap disleksia:
jom kita kongsi bersama-sama~
Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’.
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Memandang keadaan mata yang dh tak sabar nak cari bantal aku berhenti dulu ye....rasanya cukup sampai sini dulu aku kongsikan berkenaan masalah Disleksia ni ye.......Insyallah esok aku akan sambung lagi berkenaan masalah ini. Bagaimana cara-cara untuk menbantu mereka yang menghadapi nya.
Wah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah di umumkan semalam. Tengoklah macam-macam tangisan boleh dilihat ada gembira,suka dan tak kurang juga yang sedih kerana keputusan kurang baik. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan semoga kejayaan yang di miliki tidak akan menjadikan mereka lupa diri. Kepada yang kurang jangan bersedih terlalu lama kerana ianya takkan mengubah apa-apa pun. Jadikanlah kegagalan itu motivasi untuk berjaya pada masa akan datang. Jangan mudah berputus asa dan merendah diri. Masih banyak lagi jalan yang boleh dituju untuk mencapai kejayaan itu.
JANGAN JADIKAN KEGAGALAN HARI INI ALASAN KEGAGALAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG....
DAN
JANGAN JADIKAN KEJAYAAN HARI INI ADALAH KEJAYAAN BERPANJANGAN JIKA USAHA TIDAK SEIIRINGAN...
Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di dunia ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan merasa rendah diri dan gelap sudah dunia mereka.
Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kerjaya merupakan kegagalan yang biasa kita dengar. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini.
Namun masih ramai yang mampu bangkit dari kegagalan ini sekiranya mereka menjadikan kegagalan itu langkah ke arah untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.
Percayalah, tidak ada kegagalan yang abadi selagi kita masih terus berusaha dan memberi kepercayaan kepada diri sendiri untuk melakukan perubahan.Sememangnya kita memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda.
Jangan jadikan kegagalan semalam adalah kegagalan untuk selama-lamanya.Sesungguhnya selagi kita berusaha selagi itu ada jalan penyelesaian untuk menuju kejayaan.Tetapi jangan kita cari kejayaan itu dengan menipu diri sendiri atau orang lain kerana keberkatan itu tidak ada padanya.