Wednesday, March 23, 2011

Kegagalan Bukanlah Penghalang Kejayaan

Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di dunia ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan merasa rendah diri dan gelap sudah dunia mereka.
Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kerjaya merupakan kegagalan yang biasa kita dengar. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. 
Namun masih ramai yang mampu bangkit dari kegagalan ini sekiranya mereka menjadikan kegagalan itu langkah ke arah untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.
Percayalah, tidak ada kegagalan yang abadi selagi kita masih terus  berusaha dan memberi kepercayaan kepada diri sendiri untuk melakukan perubahan.Sememangnya kita memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda.
Jangan jadikan kegagalan semalam adalah kegagalan untuk selama-lamanya.Sesungguhnya selagi kita berusaha selagi itu ada jalan penyelesaian untuk menuju kejayaan.Tetapi jangan kita cari kejayaan itu dengan menipu diri sendiri atau orang lain kerana keberkatan itu tidak ada padanya.

No comments:

Post a Comment