Erm rasanya ramai yang tidak mengambil peduli sangat berkenaan masalah ini. Tiba-tiba je aku tergerak nak tulis pasal masalah disleksia ni tu pun sebab selepas menonton filem Taare Zameen Par, filem hindustan yang dilakonkan oleh Amir Khan. Walaupun kebanyakkan pelakonnya tidak dikenali tapi kekuatan filem ni membuat hatiku tersentuh. Ok sekarang ni aku nak bagi tau sikit berkenaan masalah ini, tu pun aku dapat dari pakcik Google dan makcik yahoo.ok sekarang nak serius sikit  cerita masalah ni.
Tahu tah masih ramai di kalangan  masyarakat kita masih tidak mengendahkan masalah anak-anak mereka yang  mengidap  ‘Disleksia’. Kepada yang masih belum pernah  mengetahuinya, disleksia ialah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku tanpa disedari.  Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan atau  kerja-kerja sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh  dan telah pun mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Namun  begitu, mereka masih dalam kelompok yang mempunyai keupayaan intelek  yang normal.Senang cakap mereka kelihatan normal dari segi fizikal tetapi pemikiran mereka berbeza.
Masalah  utama adalah disebabkan oleh mereka mengalami perbezaan cara otak  berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh itu,  mereka mungkin mengalami kesukaran seperti membaca, menulis, memahami,  mengeja, mengira.
Punca  disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza  daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas  penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak  berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan  pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada  kemalangan.
Selain  itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca  disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap  disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai  penghidap sindrom berkenaan.
Tahukah kita semua ciri-ciri mereka yang menghidap disleksia: 
jom kita kongsi bersama-sama~
- Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
- Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
- Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
- Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’.
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
- Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
- Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
- Sering berlaku di kalangan lelaki.
- Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
 
No comments:
Post a Comment