Wednesday, March 30, 2011

Berteman Sepi


Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

Read more...

Tuesday, March 29, 2011

Lawatan Daripada Unisza

Alhamdullilah..........selesai sudah semua kerja2.....ni cuma nak berkongsi je mengenai lawatan Pensyarah  dan pelajar daripada UNISZA. Semalam Makmal tempat aku bekerja telah dilawati oleh delegasi daripada UNISZA seramai 44 orang. Segalanya berjalan dengan lancar,syukur kerana telah di bantu oleh Ustaz Hisham salah seorang pensyarah di Fakulti aku,maklumlah 'boss' aku semalam takde. Kalau tak mati kutu juga di buatnya sebab aku bukan tahu sangat nak terangkan lebih lanjut mengenai makmal walaupun dah biasa terima lawatan daripada luar.Ada jugalah aku sediakan slide untuk penerangan serba ringkas berkaitan makmal aku ni. Apa yang aku tahu aku kongsilah dengan dieorang. Terima kasih kepada semua delegasi UNISZA yang sudi datang melawat ke tempat aku bekerja, Kedatangan semua amat dialu-alukan.
Diharap semoga apa yang diterangkan memberi manafaat bersama. Gambar-gambar tak dapat nak upload sebab aku memang takde ambil pun.Kalau ada orang yang bagi akan aku kongsi bersama.
Read more...

Saturday, March 26, 2011

Cara Membantu Anak-anak Disleksia

Oklah malam ni nak sambung cerita pasal disleksia . ok cara-cara membantu anak-anak bermasalah Disleksia 
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantupembelajaran) seperti deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir), deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf), merasa pergerakan bibir, dan menulis huruf/perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
  • Bantu mereka menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)

5. Program pemulihan khusus :
  • Terdapat sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk disleksia
Individu Disleksia mempunyai keistimewaan
1. Antara orang ternama yang juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg dan Tom Cruise), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein).
2. Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
3. Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan

Read more...

Disleksia Bukan Penghalang



Erm rasanya ramai yang tidak mengambil peduli sangat berkenaan masalah ini. Tiba-tiba je aku tergerak nak tulis pasal masalah disleksia ni tu pun sebab selepas menonton filem Taare Zameen Par, filem hindustan yang dilakonkan oleh Amir Khan. Walaupun kebanyakkan pelakonnya tidak dikenali tapi kekuatan filem ni membuat hatiku tersentuh. Ok sekarang ni aku nak bagi tau sikit berkenaan masalah ini, tu pun aku dapat dari pakcik Google dan makcik yahoo.ok sekarang nak serius sikit  cerita masalah ni.
Tahu tah masih ramai di kalangan masyarakat kita masih tidak mengendahkan masalah anak-anak mereka yang mengidap  ‘Disleksia’. Kepada yang masih belum pernah mengetahuinya, disleksia ialah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku tanpa disedari. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan atau kerja-kerja sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah pun mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Namun begitu, mereka masih dalam kelompok yang mempunyai keupayaan intelek yang normal.Senang cakap mereka kelihatan normal dari segi fizikal tetapi pemikiran mereka berbeza.
Masalah utama adalah disebabkan oleh mereka mengalami perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh itu, mereka mungkin mengalami kesukaran seperti membaca, menulis, memahami, mengeja, mengira.
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Tahukah kita semua ciri-ciri mereka yang menghidap disleksia: 
jom kita kongsi bersama-sama~
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
  6. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’.
  7. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
  8. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
  9. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  10. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  11. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  12. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Memandang keadaan mata yang dh tak sabar nak cari bantal aku berhenti dulu ye....rasanya cukup sampai sini dulu aku kongsikan berkenaan masalah Disleksia ni ye.......Insyallah esok aku akan sambung lagi berkenaan masalah ini. Bagaimana cara-cara untuk menbantu mereka yang menghadapi nya.

Read more...

Thursday, March 24, 2011

SPM .....Tahniah Untuk Semua

Wah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah di umumkan semalam. Tengoklah macam-macam tangisan boleh dilihat ada gembira,suka dan tak kurang juga yang sedih kerana keputusan kurang baik. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan semoga kejayaan yang di miliki tidak akan menjadikan mereka lupa diri. Kepada yang kurang jangan bersedih terlalu lama kerana ianya takkan mengubah apa-apa pun. Jadikanlah kegagalan itu motivasi untuk berjaya pada masa akan datang. Jangan mudah berputus asa dan merendah diri. Masih banyak lagi jalan yang boleh dituju untuk mencapai kejayaan itu.

JANGAN JADIKAN KEGAGALAN HARI INI ALASAN KEGAGALAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG....
DAN
JANGAN JADIKAN KEJAYAAN HARI INI ADALAH KEJAYAAN BERPANJANGAN JIKA USAHA TIDAK SEIIRINGAN...

Read more...

Wednesday, March 23, 2011

Kegagalan Bukanlah Penghalang Kejayaan

Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di dunia ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan merasa rendah diri dan gelap sudah dunia mereka.
Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kerjaya merupakan kegagalan yang biasa kita dengar. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. 
Namun masih ramai yang mampu bangkit dari kegagalan ini sekiranya mereka menjadikan kegagalan itu langkah ke arah untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.
Percayalah, tidak ada kegagalan yang abadi selagi kita masih terus  berusaha dan memberi kepercayaan kepada diri sendiri untuk melakukan perubahan.Sememangnya kita memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda.
Jangan jadikan kegagalan semalam adalah kegagalan untuk selama-lamanya.Sesungguhnya selagi kita berusaha selagi itu ada jalan penyelesaian untuk menuju kejayaan.Tetapi jangan kita cari kejayaan itu dengan menipu diri sendiri atau orang lain kerana keberkatan itu tidak ada padanya.

Read more...

Paling Mudah Itu Yang Paling Susah

Seorang guru sedang mengajar murid-muridnya. Dia mengemukakan beberapa persoalan kepada murid-muridnya.Begini soalannya:~

1. Apa yang tidak mungkin dilakukan manusia?

Murid-murid bingung, tidak tahu jawabannya. guru kemudian menjawab: Semua hal didunia ini mungkin terjadi, kecuali satu hal, kembali ke masa lalu. Waktu tidak mungkin dapat diputar ulang dan manusia tidak akan mungkin kembali ke masa lalunya.

2. Apa yang paling besar didunia ini?

Murid-murid dengan cepat menjawab,” Gunung!!! Gunung yang paling besar didunia ini.”
Guru menjawab,”Benar gunung yang paling besar , tetapi yang paling benar adalah nafsu.”
Nafsulah yang paling besar didunia ini. Banyak contoh terjadi kerana hawa nafsu, maka orang tua boleh membunuh anak dan keluarganya sendiri, terjadi banyak haruan makan anak, nafsu dendam dan sebagainya.

3. Apa yang paling mudah dilakukan oleh manusia?

Murid menjawab,”Bernafas, Marah!!, Tidur!!” Guru menjawab, “Benar, tapi yang paling benar adalah meninggalkan iman.” Manusia mudah sekali meninggalkan imannya. Mungkin kerana penderitaan, kemalasan atau harta dan beribu alasan lain yang menyebabkan manusia dengan mudah meninggalkan imannya, meninggalkan amal ibadatnya.

4. Apa yang paling tajam didunia ini?

Murid-murid menjawab”Pedang !! Tombak!! Keris!!” Guru pun menjawab,”Benar, tapi yang paling benar adalah lidah.”
Lidah manusialah yang paling tajam didunia ini, hanya kerana tajamnya lidah maka terjadi fitnah, pembunuhan dan penderitaan. Bayangkan lidah yang panjangnya mungkin cuma 10 cm bisa menghancurkan semuanya disebabkan ketajamannya.


Kita sebagai manusia, kita hidup dimasa kini. Ada yang mengatakan masa lalu adalah sejarah, masa kini adalah anugerah dan masa depan adalah penentuan. Memang manusia tidak akan mungkin kembali ke masa lalunya, waktu tidak mungkin diputar kembali, kita hidup di masa kini. Kerana itulah dalam hidup kita sekarang ini kita harus mengawal hawa nafsu kita, kita harus berupaya supaya kita tetap menjadi manusia yang beriman dan taat kepada Tuhan, selain itu kita harus menjaga lidah kita, perkataan kita, apa yang kita ucapkan hendaklah adalah perkataan yang baik dan tidak membuat orang lain menderita dan terasa. Selagi kita masih diberi anugerah hidup sekarang ini, kita semua harus berupaya menanam kebaikan dalam setiap tindakan kita .
Read more...

Tuesday, March 22, 2011

ADIK-ADIKKU Tahniah...

Alhamdullilah, Malam tadi mataku terpaku di hadapan kaca TV melihat siaran langsung pertandingan akhir Rancangan Realiti TV ADIK-ADIKKU musim yang kedua yang diadakan di PICC, Dewan B,pada jam 9.00mlm.. Tahniah kepada JAKIM dengan kerjasama RTM mencetuskan fenomena sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan yang mendidik jiwa. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya.

Johan

Muhammad Amirul Munir Azlin,9

Naib Johan

Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11

Ketiga Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11

Penerima Saguhati pula ialah:

  • Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12
  • Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11
  • Siti Nur Alia Safri, 11
  • Iffah Ahmad Hilmi, 11

Daripada banyak penyertaan, program ini akhirnya mengetengahkan bakat seramai 16 adik-adik kecil di kaca tv dan akhirnya 7 peserta terakhir yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang diselitkan dengan tarannum, nasyid, bacaan surah, dan sebagainya. Adik-adik kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada tenaga-tenaga pengajar yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal seprti Ustaz Zamri Zainoldin , Ustazah Asni Abu Mansor. Ustaz Ahmad Badhrulsani ,Ustaz Amir Azizi Ridzuan juga raeinya ustaz Farihin Abdul Fatah.

Hadiah-hadiah yang disediakan juga sangat best,Alhamdullilah ramai penaja yang sudi menaja hadiah untuk musim yang kedua ini. Bagi saya semua yang masuk rancangan ni adalah pemenang sebab melihat pidato adik-adikku yang sungguh memukau, tak percaya rasanya ada adik-adik sekecil 12 tahun ke bawah mampu melontarkan pandangan dan kata2 yang sungguh hebat.

Insyaallah semoga adik-adik semua akan menjadi terus hebat untuk mermatabatkan agama,bangsa dan negara pada masa akan datang.


Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!


Read more...