Tuesday, March 22, 2011

Pandangan Mata Hati


Manusia memandang apa sahaja di dunia dgn 4 jenis pandangan iaitu

Pandangan Mata
Sifatnya selalu menipu. Cthnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama lurus. Ya, begitulah, ramai manusia yg tertipu dgn pandangan mata.
Pandangan Akal
Sifatnya boleh tersalah. Zaman dahulu manusia percaya bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ni ada hujungnya, yg mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas.
Pandangan Nafsu
Sifatnya melulu dan selalu terbabas. Tak ada yg dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang utk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yg sudah cantik pd pandangan org lain dipandang sebagai buruk krn tak mengikut selera nafsunya.
Pandangan Mata Hati
Ini adalah pandangan yg paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa saja yg dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Mata hati

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih

———————–

Hati kalau selalu bersih

Pandangannya akan menembusi hijab

Hati jika sudah bersih

Firasatnya tepat kehendak Allah

——————————

Tapi hati bila dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

————————–

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Jasad lahir tumpuan manusia

Utamakanlah pandangan Allah

Daripada pandangan manusia



No comments:

Post a Comment