Tuesday, March 15, 2011

Trilogi Cinta a.k.a Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi

Tak seindah mimpi, Tak semanis impian dan Tiada lagi mimpi garapan dari novel Sharifah Abu Salem yang telah di karang menjadi sebuah drama iaitu Trilogi Cinta,telah ditayangkan di TV1 selama sejam bermula jam 10 malam. Drama Trilogi Cinta akan bersiaran selama 40 episod.Teruja nak saksikan perjalanan cerita ni yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Fauziah Gous membawakan watak Norjinah yang lemah lembut dan penyayang,manakala watak Salmi telah dibawakan dengan jayanya oleh Amyza Adnan.Lakonan Rosyam Nor sebagai Razif memang tepat sebab watak Razif dalam novel memang agak berusia dari Norjinah. Siti Fazurina pulak sebagai Norseha, adik tiri Norjinah yang memang miang dan gedik.Wataknya memeng menyerlah dalam drama ni walaupun memang sakit hati dan meluat melihat kegedikkan dia tu.

Sinopsis Trilogi Cinta

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

2 comments:

  1. memang best crite ni....

    ReplyDelete
  2. klu nak lebih menhayati kenalah tengok sampai habis cerita ni...

    ReplyDelete